Kesihatan Itu Amat Berharga Bagi Kita

Pengenalan

Komited untuk memberikan yang terbaikWe Care We Serve

KLINIK HARMONI ditubuhkan sejak tahun 2015. KLINIK HARMONI diasaskan oleh Dr Mohamed Iqbal dan Dr Shah Feroz sendiri dan mula beroperasi pada MAC 2015 dengan pembukaan julung kalinya di Pokok Sena Kepala Batas Pulau Pinang.KLINIK HARMONI juga mempunyai 12 cawangan antaranya di belah Utara dan juga Pantai Timur.Kami mengumpulkan lebih daripada 100 Doktor Perubatan yang berdaftar MMC dan tidak kurang daripada 100 Jururawat Kakitangan Perubatan yang terlatih secara profesional dan berkelayakan, semuanya berusaha ke arah meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kami di samping Kemudahan Kesihatan Kerajaan.

KATA ALUAN PENGARAH

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera

 Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah swt kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam Laman Web Klinik Harmoni. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana izinya Laman Web Klinik Harmoni Berjaya dibangunkan dan dipertingkatkan pengisian dari semasa ke semasa. Syabas dan tahniah diucapkan atas daya usaha semua pihak yang terlibat dalam membangun laman web ini sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini serta menjadi lebih interaktif dan berinformasi.  Saya amat berharap laman web ini menjadi wadah utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan fakta yang tepat, ilmu serta maklumat berkaitan kesihatan selain turut memaparkan pelbagai fungsi.  Semoga dengan informasi Kesihatan yang mudah diakses ini dapat memberi maklumat yang tepat mengenai Kesihatan dan menggalakkan setiap orang mengamalkan gaya hidup sihat agar kekal sihat sepanjang masa.

Akhir kata , saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari Laman Web Klinik Harmoni . Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Saya mendoakan agar kita semua diberikan Kesihatan yang baik sepanjang masa. 

0 +

Doktor Klinik Harmoni

0

Staf Klinik Harmoni

0 +

Cawangan Klinik Harmoni

0 +

Harmoni Medispa

0 +

Farmasi

Misi

  • Mengutamakan Kesihatan pesakit
  • Memberi perkhidmatan penjagaan Kesihatan primer yang berkualiti dan terbaik untuk pesakit.
  • Meningkatkan prestasi doktor dan jururawat melalui Pendidikan dan Latihan.

Visi

KLINIK HARMONI akan menjadi pusat rawatan Kesihatan yang terbaik. Menjadi pusat rawatan Kesihatan pertama serta meningkatkan tahap Kesihatan Masyarakat setempat.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan dan rawatan pesakit secara profesional dan berkesan,merangkumi diagnosa, perubatan dan pemulihan serta berorientasikan sistem teknologi maklumat.
  • Membantu pelanggan mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan agar dapat menjalani kehidupan yang produktif dari segi sosial dan ekonomi,